The Girls

Friday, 5 October 2018

Jerawat dan pakaian 3 segi.

Heyy peeps!

Sejak kebelakangan ni muka aku dah mula nak tumbuh jerawat. Kalau kecik tak apa, ini Ya Allah besarnya.. Satu kat pipi,Satu kat bawah hidung. Dengg! Boleh tension jugak sebenarnya bila nak cakap dengan orang, mesti duk pandang-pandang. 
eh kau pahal ha? 
Kadang-kadang sakit bila tersentuh bintang ni kat muka aku. lepastu rasaa gatal je nak picit.

Disebabkan rasa tak puas hati sangat, aku tanya mama aku macam mana nak hilangkan jerawat ni secepat mungkin. sebab ni dah kira kes gawat ni. Makin lama makin pedih lagi-lagi bawah hidung. lolzz

"MAA, MACAM MANA NAK HILANGKAN JERAWAT NI. PEDIH AIHH"

"AMIK JE SPENDER SENDIRI TU HAA, LEPASTU SENTAL KAT MUKA. NAK LAGI AFDHAL PAKAI SPENDER AYAH KAMU TU HAA hahaha."

Okay geng, mula-mula rasa mak aku ni melawak je kot! eh eh rupanya memang betul, nenek aku dengan sedara mara aku pon buat. Erk wait seminit. Aku rasa pelik dan agak jejeks sikit. 




Mula-mula ingat tipu, tapi bila tengok muka makcik-makcik aku, aah! takde jerawat langsung. aku tertanya jugak, okay kenapa mesti pakai spender! hahahaha

Tak puas kita cari google pulak. ramai yang cuba petua ni rupanya, ingat mama aku sorang je tahu. baca punya baca memang ada yang berkesan kat diorang. 
Dan lagi sekali aku tertanya, macam mana jerawat boleh hilang lepas sapu muka dengan spender,

sampai ada yang kata amik spender jiran dia lah, hahaha berdekah aku baca..Ni kalau aku amik jiran aku punya spender ni beb, confirm masuk mastika ni. MISTERI SPENDER HILANG JAM 12 TENGAH HARI.

Aku pon dah tak tahan dengan jerawat aku yang mula tumbuh 4 ketul pulak, akhirnya buat jugak. erkkkkkk!

1.Mula-mula cuci seluar dalam tu, buang kotoran kat spender tu,
2.Lepastu letak sabun pencuci muka,
3.Gosok kat muka.
4.Bilas

Dalam 4-5 hari macam tu, aku start perasan jerawat aku makin kecik. Kalau nak tunggu kecut, punya la berbulan. Eh Eh kali ni cepat pulak dia kecut. lepastu amal lagi petua macam tu. Jerawat tak keluar muka pon berseri sikit.

Siap kawan tanya,

"Weh ko pakai pencuci muka apa? tu jerawat macam dah tak ada, nampak berseri sikit."
"Pakai produk biasa je. Alaa jenama yang Safi tuu"

Padahal malu nak mengaku yang kita gosok muka pakai spender. hahaha

OH LALA!
JERAWAT HILANG,
SAYA PON GEMBIRA!

Akhir kata,macam mana eh boleh tercetusnya idea guna spender untuk hilangkan jerawat ni? Siapa pengasas dia? Genius betul!

Maaf kalau post ni agak kotor sikit*


4 comments:

  1. pernah amalkan petua ni , memang berkesan tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah, petua nampak geli sikit. tapi tak sangka berkesan. ceitt

      Delete
  2. hahahahaa ray pun penah terbaca tauuuu, cayalahhh

    ReplyDelete
  3. nice info . lepas nie boleh try . hahahahah :)

    ReplyDelete