The Girls

Monday 1 October 2018

Wajib [ Mr Diy Edition]

Hey wszzupp!
Siapa kat sini suka pergi Mr Diy?! Sila angkat tangan dan kata Wooohoooo!

                                 Image result for put your hand up gif


Ramai orang cakap pergi Mr Diy boleh jimat. Tapi bagi aku langsung tak, Sebab satu langkah masuk Mr Diy berpuluh-puluh atau ratus ringgit boleh habis dalam tu. kan kan kan? Banyak barang yang korang boleh beli dengan harga yang berbaloi,murah dan jimat.  

Disebabkan aku dah mula buat buku catatan sendiri, so sebab utama aku pergi Mr Diy ialah beli barang hiasan untuk buku aku. Aku jenis yang tak reti nak melukis untuk hiaskan buku aku, so aku pakai sticker je supaya tak la nampak suram sepi sangat.

Ini barang yang WAJIB aku beli bila masuk Mr Diy.

1.Sticker yang comel sangat

              

                     

Untuk korang yang suka sticker comel-comel,Kat Mr Diy ni berlambak weh.
Dulu aku pakai sticker budak-budak je tau, yang ada gambar barbie blink2 gitu punya.
lepas tu terus aku stop guna sticker tu. Sebab rasa pelik sangat.Mana tak nya, dah besar panjang pon masih pakai benda macam tu lagi. Barbie? Euww.
Tapi lepas je tahu kat Mr Diy ni banyak sticker lawa-lawa. terus beli sini je. tak beli mana dah. Sebab satu buku tu tak silap aku harga RM3.30 je. Murah kan kan kan?

2. Stationery Tape
           
 

Kalau aku pergi Mr Diy, benda ni aku cari dulu berbanding sticker. Sebab benda ni murah. Dekat rumah benda ni dah nak dekat berpuluh gulung tapi still beli jugak. 
Tapi sekarang tinggal sikit sebab masa aku balik dari kem tetiba adik aku buat garisan penamat lumba lari guna benda ni. Dia tarik sambil lari keliling rumah. Habis BERGEGAR satu rumah aku jerit. Nasib baik tak kacau buku sticker aku. Siap sedia lah telinga untuk di piat nanti. hahah LOL

Aku beli 1 set tu ada 3 gulung.(yang besar) tapi tak ingat berapa.
yang kecik-kecik ni pulak aku beli 1 set ada 10 gulung dalam bekas. harga RM2.10.


3.Sticky tepi buku.

              

Aku panggil ni little sticky, harga RM1.90 je. boleh letak kat tepi buku korang. 
Benda ni wajib beli bagi aku sebab benda ni lah cepat habis. Aku selalu letak dekat buku rujukan aku pada setiap bab dalam tu. so tak payah tengok kandungan lagi kalau nak tengok bab tu muka surat berapa. jimat masa. 

**Abaikan lapik tuala buruk putih kat belakang tu, dan saya ucapkan terima kasih pada mak saya kerana izin untuk petik bunga kesayangnya :P

Setakat ni dalam hidup aku, Tak pernah lagi jejak daiso ke kaison ke, teringin jugak nak try tengok barang dia. ramai kata best, next time aku nak try jejak daiso or kaison and buat WAJIB [ daison/kaison Edition] pulak untuk next post. Tu pon kalau rajin nak keluar rumah. HoHoHo.


*Psst,Agak-agak korang kan, berapa jam korang habiskan masa kat sini? 

see ya, Snap!


4 comments:

  1. YEEEaah serious mr diy paling best semua benda adaaa! murah pulak tuu! eh u should totally go to daiso and kaison!! best gak..tapi daiso dia sume barang rm5 ada yg x berbaloi and ada yang bestt kalau kaison pun mcam mr diy jugak! try la pergi :)

    https://mylittlestoryi.blogspot.com/2018/10/its-over.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. @littlexme Tula! tinggal nak cari daiso dengan kaison je ni. nak try, takut kalau dah cuba nanti tak keluar kedai pulak. hahah =,=

      Delete
  2. OMG~ sejak kawen dah tak ada kumpul benda macam tu. I is looking for home deco ja kat Mr.Diy tu. haha

    ReplyDelete