The Girls

Tuesday 7 May 2019

Tidur dengan Sleep balm Puer's Kidsdom

Hey peeps!

Sebelum aku nak buat first review pasal produk ni, Aku nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua umat islam yang berpuasa. May Allah accept our fasts and all our prayers. Aamiin.
Pada Geng plastik hitam yang tak ada alasan kukuh tak nak puasa boleh duduk diam-diam dekat tepi mesin basuh, shuuh shuhh. 

           


Mari kita ke topik asal, sebenarnya aku dah lama guna Sleep Balm dari Puer's Kidsdom ni. First impression dari aku tengok cara dia punya packaging, aku dah pikir, Err ni barangan untuk baby kan? Comel sangat ni!!

No. No. No. 

Actually balm ni dewasa pon boleh pakai, lagi-lagi yang ada anak tu, Kalau boleh memang kena grab satu lah. Lagipon balm ni sesuai untuk semua peringkat umur coz dia punya bahan organic serta 100% semula jadi.

Bau dia serius tenang tau,lembut gitu. dia tak menusuk hidung. Mula-mula bau macam pelik, tapi lama-lama macam ahhh asikkk!!. Nama pon therapy balm kan.
Dalam Sleep Balm ni banyak bahan organic tau, tapi bahan yang paling utama  aku tengok dia tulis dekat bekas ialah Lavender, Cedarwood , Rose.



Bekas kecik ni pon senang nak buat pergi mana-mana.
Aku pon try ikhtiar pakai ni sebab balm ni katanya boleh membantu nak dapat tidur yang lebih berkualiti. Kalau boleh sapu sikit kat bahagian hidung and area dahi sebelum masuk tidur.

4/5 bintang:
Aku pakai balm ni boleh tahan jugakla. Tenang je bila kita bernafas time tidur,Sebab bau dia syok! Agak membantu jugakla kalau nak senang tidur awal. Tapi tekstur dia agak berminyak sikit.

Kalau kegunaan untuk anak, boleh try sapu dan urut I LOVE U kat area kaki ke,badan atau dahi. Pastikan anak tu memang dah kuyu je mata nak tidur.

Harga

Ada 2 saiz tau, satu 15gram, lagi satu 30gram tak silap aku.

15g-RM29
30G-RM39

Secara keseluhurannya, Balm ni boleh jadi ikhtiar je, Tak tahu lah tahap berkesan kat seseorang tu macam mana..So far memang rasa okay and puas hati pakai balm dari Puer's Kidsdom ni. That's all.

Psst, Aku tak jual benda ni, ni pon hadiah dari orang ter-spcial ehm ehem. Dia pon tak jual benda ni.

byee! 

Read More »

Monday 1 October 2018

Wajib [ Mr Diy Edition]

Hey wszzupp!
Siapa kat sini suka pergi Mr Diy?! Sila angkat tangan dan kata Wooohoooo!

                                 Image result for put your hand up gif


Ramai orang cakap pergi Mr Diy boleh jimat. Tapi bagi aku langsung tak, Sebab satu langkah masuk Mr Diy berpuluh-puluh atau ratus ringgit boleh habis dalam tu. kan kan kan? Banyak barang yang korang boleh beli dengan harga yang berbaloi,murah dan jimat.  

Disebabkan aku dah mula buat buku catatan sendiri, so sebab utama aku pergi Mr Diy ialah beli barang hiasan untuk buku aku. Aku jenis yang tak reti nak melukis untuk hiaskan buku aku, so aku pakai sticker je supaya tak la nampak suram sepi sangat.

Ini barang yang WAJIB aku beli bila masuk Mr Diy.

1.Sticker yang comel sangat

              

                     

Untuk korang yang suka sticker comel-comel,Kat Mr Diy ni berlambak weh.
Dulu aku pakai sticker budak-budak je tau, yang ada gambar barbie blink2 gitu punya.
lepas tu terus aku stop guna sticker tu. Sebab rasa pelik sangat.Mana tak nya, dah besar panjang pon masih pakai benda macam tu lagi. Barbie? Euww.
Tapi lepas je tahu kat Mr Diy ni banyak sticker lawa-lawa. terus beli sini je. tak beli mana dah. Sebab satu buku tu tak silap aku harga RM3.30 je. Murah kan kan kan?

2. Stationery Tape
           
 

Kalau aku pergi Mr Diy, benda ni aku cari dulu berbanding sticker. Sebab benda ni murah. Dekat rumah benda ni dah nak dekat berpuluh gulung tapi still beli jugak. 
Tapi sekarang tinggal sikit sebab masa aku balik dari kem tetiba adik aku buat garisan penamat lumba lari guna benda ni. Dia tarik sambil lari keliling rumah. Habis BERGEGAR satu rumah aku jerit. Nasib baik tak kacau buku sticker aku. Siap sedia lah telinga untuk di piat nanti. hahah LOL

Aku beli 1 set tu ada 3 gulung.(yang besar) tapi tak ingat berapa.
yang kecik-kecik ni pulak aku beli 1 set ada 10 gulung dalam bekas. harga RM2.10.


3.Sticky tepi buku.

              

Aku panggil ni little sticky, harga RM1.90 je. boleh letak kat tepi buku korang. 
Benda ni wajib beli bagi aku sebab benda ni lah cepat habis. Aku selalu letak dekat buku rujukan aku pada setiap bab dalam tu. so tak payah tengok kandungan lagi kalau nak tengok bab tu muka surat berapa. jimat masa. 

**Abaikan lapik tuala buruk putih kat belakang tu, dan saya ucapkan terima kasih pada mak saya kerana izin untuk petik bunga kesayangnya :P

Setakat ni dalam hidup aku, Tak pernah lagi jejak daiso ke kaison ke, teringin jugak nak try tengok barang dia. ramai kata best, next time aku nak try jejak daiso or kaison and buat WAJIB [ daison/kaison Edition] pulak untuk next post. Tu pon kalau rajin nak keluar rumah. HoHoHo.


*Psst,Agak-agak korang kan, berapa jam korang habiskan masa kat sini? 

see ya, Snap!


Read More »