The Girls

Tuesday, 7 May 2019

Tidur dengan Sleep balm Puer's Kidsdom

Hey peeps!

Sebelum aku nak buat first review pasal produk ni, Aku nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua umat islam yang berpuasa. May Allah accept our fasts and all our prayers. Aamiin.
Pada Geng plastik hitam yang tak ada alasan kukuh tak nak puasa boleh duduk diam-diam dekat tepi mesin basuh, shuuh shuhh. 

           


Let's get back to the main subject, sebenarnya aku dah lama guna Sleep Balm dari Puer's Kidsdom ni. First impression dari aku tengok cara dia punya packaging, aku dah pikir, Err ni barangan untuk baby kan? Comel sangat ni!!

No. No. No. 

Actually balm ni dewasa pon boleh pakai, lagi-lagi yang ada anak tu, Kalau boleh memang kena grab satu lah. Lagipon balm ni sesuai untuk semua peringkat umur coz dia punya bahan organic serta 100% semula jadi.

Bau dia serius tenang tau,lembut gitu. dia tak menusuk hidung. first bau macam pelik, tapi lama-lama macam ahhh asikkk!!. Nama pon therapy balm kan.
Dalam Sleep Balm ni banyak bahan organic tau, tapi bahan yang paling utama  aku tengok dia tulis dekat bekas ialah Lavender, Cedarwood , Rose.



The packaging was very cute and the smell was absolutely amazing. Bekas kecik ni pon senang nak buat pergi mana-mana.
Aku pon try ikhtiar pakai ni sebab balm ni katanya boleh membantu nak dapat tidur yang lebih berkualiti. Kalau boleh sapu sikit kat bahagian hidung and area dahi sebelum masuk tidur.

4/5 bintang:
Aku pakai balm ni boleh tahan jugakla. Tenang je bila kita bernafas time tidur,Sebab bau dia syok! Agak membantu jugakla kalau nak senang tidur awal. Tapi tekstur dia agak berminyak sikit.

Kalau kegunaan untuk anak, boleh try sapu dan urut I LOVE U kat area kaki ke,badan atau dahi. Pastikan anak tu memang dah kuyu je mata nak tidur.

Harga

Ada 2 saiz tau, satu 15gram, lagi satu 30gram tak silap aku.

15g-RM29
30G-RM39

Secara keseluhurannya, Balm ni boleh jadi ikhtiar je, Kita tak tahu la keberkesanan pada pada seseorang itu..So far memang rasa okay and puas hati pakai balm dari Puer's Kidsdom ni. That's all.

Psst,Sorry kalau ada kekurangan dalam review ni,sebenarnya aku ada buat review 2 lagi balm puer's kidsdom ni, boleh klik sini.

byee! 

4 comments:

  1. awwww the box and the balm packaging itself is so damn cute!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeah! I absolutely agree with you. Comel plus senang nak bawak pi mana-mana.

      Delete
  2. sleep balm? aduh makin banyak je peralatan make up cewe ini..

    ReplyDelete